5 Negara Dengan Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

5 Negara Dengan Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

1. Amerika Syarikat (8,133.5 tan)
Sekalipun US telah menamatkan penggunaan piawaian emas sejak tahun 1971, negara ini masih memiliki simpanan emas terbesar di dunia, jauh meninggalkan mana-mana negara lain. Kebanyakan emas ini disimpan di Fort Knox di Kentucky, selain di US Mints di Philadelphia dan Denver dan beberapa lokasi lain.

2. Jerman (3,401.0 tan)
Bank pusat Jerman, the Deutsche Bundesbank di Frunkfurt adalah pengurus kepada rizab emas negara. Namun, terdapat dakwaan bahawa sejumlah besar emas Jerman secara fizikalnya diletakkan di bawah jagaan Simpanan Persekutuan Amerika di New York. Dua tahun lalu, jurnalis Maz Keiser menerima makluman berkaitan pengurusan simpanan emas Jerman di US melalui sumber langsung di Bundesbank.

3. Itali (2,451.8 tan)
Simpanan emas Itali dijaga dan diurus oleh the Banca D’Italia. Sekalipun Itali tergolong di dalam PIIGS nations (bersama-sama Portugal, Ireland, Greece dan Spain), yang kesemuanya sedang dihantui krisis ekonomi yang meruncing saat ini, yang mengancam survival keseluruhan Eurozone, negara ini masih memiliki emas dengan nilai GBP90 billion.

4. Peranchis (2,435.4 tan)
Negara ini memainkan peranan penting sehingga US menamatkan pergantungan matawang Dollar kepada emas. Selepas Perang Dunia ke-2, perjanjian the Bretton Woodtelah dibuat untuk mengikat wang Dollar kepada emas pada kadar tukaran $35 per ounce. Presiden Peranchis waktu itu, Charles de Gaulle telah mengurangkan simpanan French Dollar dengan menukarkannya ke dalam bentuk emas dari Fort Knox. Tidak senang dengan tindakan “licik” selain pertimbangan ekonomi jangka panjang, Presiden Richard Nixon menamatkan tukaran matawang Dollar kepada emas pada tahun 1971.

5. China (1,054.1 tan)
Disebalik status China sebagai negara paling ramai penduduk, emas hanya mewakili 1.6% simpanan luar negaranya. China merupakan negara pengeluar emas terbesar dunia dan logiknya secara mudah ia boleh membeli emas dari lombong yang dia keluarkan tanpa perlu memaklumkan transaksi berkenaan kepada umum. Begitupun China mempunyai alasan untuk tidak membeli emas di pasaran terbuka kerana sebarang transaksi terbuka hanya akan meningkatkan nilai emas yang akan menurunkan pegangannya di dalam Perbendaharaan Amerika. (Maknanya, jika negara kuasa besar seperti China mendominasi pasaran terbuka, harga emas akan naik gila-gila sehingga akhirnya China sendiri sukar menambah pegangannya di US Treasury sebab harga membeli pegangan akan menjadi lebih tinggi juga…).

Ternyata negara luar juga memandang emas ini sebagai alternative paling baik sebagai back up wang kertas sekiranya mereka mengalami inflasi mahupun krisis nilai mata wang.

 

Close Menu