Penerangan ini bukanlah betul 100% tapi ia lebih kepada pengalaman berbual dengan saudara mara, kawan-kawan, private message dan lain-lain. Kenapa melayu ???mari saya ceritakan.
- Takut kena zakat
Fobia paling ketara dalam masyarakat melayu kita. Jika di lihat dari sudut positif, ini menunjukkan orang kita sedar mengenai kepentingan zakat dalam islam. Jangan letakkan zakat ini sebagai penghalang ataupun alasan bagi anda untuk tidak menyimpan emas. Zakat ni tak merugikan anda pun malah bantu anda semua jadi lebih kaya sebab ape ??sebab zakat ini satu ibadah wajib yang dapat menyuburkan harta. So mengapa perlu takut dengan benda yang tak sepatutnya kita takut betul tak ???.
- Takut kena rompak & tak tahu nak simpan dekat mana
Setiap benda mesti ada risiko tak kira besar atau kecik. Jangan katakan emas, benda lain paling mudah motorsikal pun kena curi. Ape yang saya cuba sampaikan adalah bagaimana kite mengendalikan risiko-risiko ini. Perlunya ada kesedaran dan kepekaan apabila memakai emas ini mahupun menyimpannya dirumah.Jika menyimpannya dirumah maka perlunya mempunyai satu ruang mahupun sudut khas untuk menyimpan dan menyorokkan emas sekiranya berlaku perkara tak diingini.Bagi si pemakai emas pula, saya lihat kepekaaan tu tersangat lah kurang asyik tayang gelang dan rantai tu tanpa rasa takut.Hal ini menarik peragut untuk meragut emas anda.Nasihat saya sentiasa peka dan minimumkan risiko sebab mencegah itu lebih baik dari merawat.
- Beli mahal time jual murah
Ini biasa dibimbangi oleh geng-geng Skim Cepat Kaya, dapat dividen bulan-bulan tapi tiada ilmu bab investment. Golongan ni biasanya tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Geng ini juga hanya tahu fungsi emas itu sekadar perhiasan seorang wanita yang hanya boleh dibeli di kedai emas dan menjualnya hanya dikedai emas walhal harga emas terpakai adalah 15 – 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa.
- Takut kena tipu dengan emas palsu
Ramai juga sebenarnya yang menjadi mangsa penipuan emas ini. Nasihat saya belilah dari orang yang anda percaya dan jangan terburu-buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Rujuk senarai pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.
- Takut tak boleh tukar kepada wang kertas bila emergency
Jangan takut dan gusar kerana dengan adanya kemudahan pajakan “Ar-Rahnu” di Bank Rakyat, Agro Bank, Koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.