Sekerap mana atau seboros mana kita berbelanja, kita masih memerlukan simpanan sebagai “Backup” kita jika kita mengalami sebarang masalah. Usia mudalah waktu yang terbaik untuk kita memulakan tabungan kita agar kita boleh menyimpan dengan lebih baik dan sistematik.
.
Berapa % kah anda menyimpan dari gaji anda sebagai tabungan anda?. Sebenarnya tak kisah pun berapa tapi paling kurang pun 10% pun jadi dah. Paling kurang pun jika anda nak gunakan nanti ada simpanan yang boleh tolong anda & yang penting tahu nak simpang dekat mana.
Tempat terbaik nak simpan duit ialah :
1. ASB
ASB merupakan tempat simpan yang famous bagi anak-anak muda untuk beranakkan duit dengan cepat. Untuk menggunakan ASB anda perlu tetapkan matlamat ASB anda dulu iaitu seperti untuk membeli rumah, untuk perbelanjaan perkhawinan dan lain-lain.
2. Tabung Haji
Tabung Haji juga merupakan tempat yang famous untuk anak muda selain ASB. Hal ini kerana manfaat yang terdapat pada Tabung Haji iaitu :
✅ Modal awal yang rendah
✅ Modal simpanan dijamin
✅ Pemberian dividen dan bonus kompetitif
✅ Dividen & bonus dikecualikan cukai
✅ Patuh syariah
3. PRS (Private Retirement Scheme)
PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP. Ianya juga dijadikan sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.
Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaraan KWSP seseorang. Manakala pelepasan cukai individu juga akan mendapat pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian bagi 10 tahun pertama.
4. EMAS
Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 hingga 20 tahun untuk mendapatkan 240 gram. 20 × 12 = 240 gram. Andaikan pembelanjaan pengajian universiti ialah RM 34 000 maka ia bersamaan dengan lingkungan 210 hingga 240 gram emas.
Harga emas harini ialah RM 157.23 (23/7/2018) x 220 gram = RM 34 590.60. Maka, ianya cukup untuk perbelanjaan anak anda dan tak perlu begantung dengan PTPTN. Simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 240 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Anak-anak tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita.
5. Tabung Warna
Tabung warna merupakan cara yang paling menarik, mudah dan untung. Cara ini adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap. Tabung warna antara cara yang paling biasa dan diamalkan oleh hampir semua orang.
Targetlah berapa pun tak kisahlah RM 5 ke RM 10 ke janji anda konsisten dalam menabung. Bila sudah cukup tabungan itu, tukarkan kepada sesuatu yang beharga seperti emas barulah duit itu tadi beranak.
.
.
Tanamkan sikap untuk menyimpan agar cerah masa hadapan disamping dapat mengelak dari masalah.
#Edalia #GoldForFuture