EDALIA GOLD

Edalia Gold mengeluarkan produk pertama yang ditempah khas dari kilang sebagai signature kepada brand Edalia Gold. Edalia Gold juga berhasrat menggalakkan simpanan emas jangka masa panjang (bukan pelaburan semata-mata).

Matlamat Edalia Gold, supaya lebih ramai mempunyai kesedaran untuk mempelbagaikan aset dan menjadikan emas sebagai salah satu alternatif simpanan.

Perancangan jangka masa sederhana Edalia Gold akan mengeluarkan beberapa barang kemas evergreen dan jangka masa panjang mempunyai lebih banyak pilihan yang mengikut citarasa terkini dan ada outlet di setiap daerah di bawah kendalian sendiri dan branch manager (di kalangan bakal stokis sendiri) @ guna sistem francais). Perancangan ini masih dalam penelitian.

Untuk info, pengasas Edalia Gold mempunyai pengalaman bergiat dengan emas sejak 2008. Bekas top stokis dan top leader dua syarikat emas, ada buku sendiri tentang emas, ebook emas, group info emas, dan rangkaian pengedar emas. Tetapi atas beberapa faktor beliau berehat sebentar dan kembali pada masa yang sesuai dan ingin mengusahakan sendiri produk emas berdasarkan pengalaman selama 10 tahun dalam emas.

2018 menjadi saksi beliau dan team kembali untuk memeriahkan lagi dunia emas di samping matlamat untuk menggalakkan simpanan emas. Kempen 1 bulan 1 gram yang terkenal sehingga sekarang sebenarnya dari idea beliau dahulu. Kini beliau kembali dengan idea Kempen 1 bulan 2 gram Emas 916.

Boleh ikuti facebook beliau:

Close Menu