Membeli emas ini bukanlah seperti membeli sayur dipasar. Hanya kerana namanya emas terus kita beli tanpa mengambil kira aspek ketulenan dan keaslian emas tersebut. Kelak kita juga yang rugi dek kerana memandang enteng perihal ini. Antara tips yang boleh dikongsi bersama adalah :
1. Periksa Ciri Emas Secara Visual
✅ Periksa cop pada emas biasanya ia tertera dalam bacaan fineness (1-999 atau 0.1 – 0.999) dalam bacaan karat (10k, 14k, 18k, 22k, atau 24k). Jika terlalu kecil gunakan kanta pembesar untuk pastikan dengan betul kerana sesetengah emas palsu juga dicop dengan bacaan emas agar Nampak seperti asli.
✅ Cara kedua ialah periksa perubahan warna, gosok dengan jari pada mana-mana bahagian. Emas palsu akan menampakkan warna logam yang lain dan perbezaan warna dengan emas asal.
2. Menggunakan Magnet
✅ Gunakan magnet dan uji pada emas. Jika emas melekat pada magnet bermakna ia adalah emas palsu kerana sudah bercampur dengan logam lain. Tetapi harus diingatkan bahawa ada emas palsu yang dicampurkan dengan bahan logam lain yang non-magnetik. Awas! Dan pastikan ianya betul-betul emas asli.
3. Gores Emas Pada Seramik
✅ ni merupakan salah satu cara yang mudah tetapi agak berisiko kerana emas mungkin akan tergores dan calar. Caranya adalah goreskan emas pada permukaan ceramic, jika ada goresan hitam bermakna emas itu adalah palsu tetapi jika tiada kesan hitam bermakna itu adalah emas asli.
4. Menggigit Emas
✅ Cara ini biasanya dilakukan oleh atlet. Boleh juga menggunakan cara ini tetapi emas akan sedikit kemek dan mempunyai kesan gigitan. Caranya dengan mengigit emas tersebut (jangan terlalu kuat) secara teori, emas asli akan terdapat sedikit kesan gigitan, kesan gigitan semakin dalam jika emas adalah 24 karat.
5. Uji Ketulenan Emas Menggunakan Asid Nitrik
Ini merupakan cara yang cukup bagus untuk mengenal emas asli atau palsu tetapi cara ini agak bahaya kerana menggunakan asid, sebaiknya minta pekerja kedai emas untuk membuatnya. Langkahnya adalah seperti berikut :
a) Letak emas dalam bekas stainless steel.
b) Letak setitik Nitric Asid pada emas dan lihat kesan perubahan yang dihasilkan.
c) Reaksi warna hijau menunjukkan logam besi berlapis emas.
d) Reaksi emas menunjukkan logam kekuningan berlapis emas.
e) Reaksi warna susu menunjukkan logam perak berlapis emas.
f) Jika tiada reaksi bermakna ia adalah emas asli.
JADILAH PEMBELI YANG BIJAK??
SUMBER : http://www.gulljewellery.com/2017/02/02/6-teknik-dan-cara-mengetahui-ciri-ciri-emas-asli-atau-palsu/
#EdaliaGold #GoldForFuture