EMAS CHROME : Mahal ke Murah ?

 

Apa itu emas chrome ??

Emas chrome ni ialah calitan ataupun salutan yang disalut pada emas untuk menampakkan emas itu lebih cantik. Biasanya tukang emas letak chrome pada barang kemas untuk Nampak cantik dan up to date. Kebiasaannya chrome ini tak kekal dan ia akan kembali kepada warna emas yang asal.

Ramai yang salah faham mengenai barang kemas yang ada chrome ni. Bila nak jual semua macam tak laku. Ada yang menganggap barang kemas yang bersalut chrome itu lebih mahal dari yang tiada chrome walhal sama je.

Sepatutnya emas yang bersalut chrome ini sama je harganya kecuali yang ada batu/permata baru diasingkan dan timbang emas sahaja.

TAMBAHAN —– > Isu emas yang kemek & calar tak diterima pun sama juga. Kononnya tak laku &    mereka ambil murah walhal emas itu akan di patahkan dan dileburkan juga. Maka jangan sesekali terpedaya dgn taktik ini.

Close Menu